Tuesday, March 9, 2021

TRIP TO KL - DECEMBER


Hari 1 (KL) Bertolak  dari Singapura Jumaat 16/12/2004 

Jam 10.30 mlm, ibu tunggu bas di Boon Lay (Shpng ctr lama tu), 
Tiket pergi: $27 x 2 org baru $54 (Singapore KL kira murahlah tu) 

Kali ni ibu pergi dua beranak je bersama lizz, memandangkan ada perkara nak di bincangkan dengan President Sahabat Hijjaz kita tu... ibu tak ajak anak-anak nasyid lain, ibu fikir jugak kalau dah bawa ramai nanti nak pegi mana-mana ada urusan nasyid susah juga, kemudian ibu ambil keputusan untuk berdua je kali ni.

Sampai KL- Pudu Raya - jam 4.30 pagi (jam ni semua orang lagi sedap punya lelap) Ibu dan lizz tak talipon sesiapa, kami dua branak sempat jalan di Pudu Raya cari tempat makan sambil tu nak rehat kejap, maklum sajalah perjalanan tu jauh dari singapura, nak suruh orang ambil semua masih tidur nilah gara-gara tiket siang hari tak ada. Mujur juga ibu dah biasa dengan keadaan KL jadi taklah takut sangat. Jalan punya jalan jumpa satu kedai makan ada pulak tu jual roti prata sedap suruh lizz makan dia taknak pulak dia boleh-boleh nak pergi rumah abg Faizal dia dah penah dan tak sabar nak jumpa adik2 dialah tu :D. 

Tepat jam 5 ibu call anak angkat ibu yg tinggal di ceras nak beritau dia yg ibu dah sampai dan mungkin ingin singgah kerumahnya pagi tu cuma alamat dia ibu tak tau, tapi bila dengan suara dia lemah sekali (taulah ni suara orang tidur :) ) ibu tak mau ganggu dia lekas2 letak talipon, kemudian talipon Faizal beritau kami dah sampai di KL- Pudu Raya. Mmg kali ni ibu tak mahu susahkan sesiapa, ibu akan pergi sendiri dan balik sendiri, Faizal pening jugak tu memandangkan dia ni nak pergi shooting Video Klip 'Untuk Mu Ibu' jam 7 jadi kelam kabut kejap dia hehehe... tapi ibu call tu ibu mintalah alamat dia nak pergi sana dengan teksi je, mmg rancang awal dah janji dengan Faizal tidur rumah dia kali ni, berkumpul di sana kebetulan Syikin (Unzur - kakak angkat lizz juga ada di sana). 

Sampai rumah abai dalam jam 6.15 pagi, sempat bergolek dua peranak ni hehe..  bangun pagi tau-tau sarah(isteri Faizal) dah siap beli nasik lemak instant punya.

makan tengahari dengan putri-putri faizal (macam kembar pulak budak berdua ni :D. Pagi sebelum Faizal pergi shooting video klip 'Untuk Mu Ibu' sempat dia usik ibu dan lizz jadi model dia dalam video klip tu :P tak pasal-pasal pulak ibu jadi sasaran :D, ibu on je.. tapi lizz pulak tak mahu dia kata nanti jadi glamour dia jugak yg susah :P macam2 hal budak2 ni. Inilah dia muaz dia ni driver plus apa lagi ye.. macam co runners promote artis hijjaz pun ada jugak hehe.. rajin muas ni org dia ceria je suka mengusik dan melawak budak ni. anak kecik di pangkuan dia tu adalah anak Faizal yg kecik sekali nama dia Mohd Daniel (betul ke eh ejaan dia ni) tghri tu lepas ibu makan dialah yg ambil kami semua dari rumah faizal, ambil hanum dan adik dia tu.. dua2 jadi model dalam video klip. Ibu ikut sekali sebab petang tu ada urusan nak singgah di pejabat PIN (Persatuan Pengiat Industri Nasyid) di Jln Lawan Pedang. 

Wednesday, December 22, 2004

Mirwana ada projek di sure heboh

KUMPULAN NASYID MIRWANA (MALAYSIA) 
Pernah memenangi award AIM
 
Anggota kumpulan Mirwana 
semasa pencalonan ANUGERAH Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2004. 
(picture above - credit to Wikipedia) 

Ini adelah pertaman kali ibu & NNS berjumpa Mirwana 
seronok dapat jumpa mereka di JB

Sebelum ibu berangkat pulang ke ke Singapura,
Mereka menyumbangkan beberapa buah lagu secara Unplug,
tak lama kita di sana, terpaksa minta diri untuk memberi
mereka ruang untuk berlatih lagi untuk show mereka mlm tu

di: Sure Heboh Danga Bay - Johor Baharu Show: Lepas Magrib
Tarikh: 8/5/2005 Monday, September 27, 2010